Call for Participation: MY THESIS IN 1000 WORDS AWARD BY FUIW

2022 09 13 call for papers 02

Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima pemakluman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku National Point of Contact for Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) berhubung hebahan mengenai Call for Participation: My Thesis in 1000 Words Award by FUIW. Untuk makluman juga, anugerah ini dianjurkan oleh ICESCO dengan kerjasama The Federation of Universities of the Islamic World (FUIW). 

Objektif utama anugerah ini adalah untuk menggalakkan pelajar mengasah kemahiran komunikasi dan memperbaiki keupayaan pelajar dalam membentangkan tesis kedoktoran dengan syarat ianya mestilah kurang daripada seribu perkataan. Syarat-syarat bagi penyertaan dalam anugerah ini adalah seperti di pautan: https://www.fumi-fuiw.org/fuiw/en/article/46

Calon-calon yang layak dan berminat boleh mengisi borang pendaftaran dan permohonan dipautan: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezwoE7UlY1vi1-XF9WczjL-WWaMs-iNLme3ycNrlcwMAUv-A/viewform sebelum atau pada 30 September 2022 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.