Soalan Lazim (FAQ)

Tempahan Bilik Mesyuarat e-Persidangan

  • Melalui talian telefon PED 09-6684497
  • Mengisi borang tempahan Bilik e-Persidangan, PED yang boleh diakses melalui Portal MyNemo.
  • Kemudahan yang disediakan ialah:

    • Projektor
    • Skrin Putih
    • Whiteboard
    • Ruang Makan

Tempahan Bilik Mesyuarat Eksekutif

  • Kemudahan yang disediakan ialah:

    • Projektor
    • Skrin Putih
    • Whiteboard
    • TV LCD

Perkhidmatan Makmal Kompetensi

  • Makmal Kompetensi terletak di Pusat Ekosistem Digital (PED), Aras Bawah, Laluan Ilmu, Bangunan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT.
  • Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :
  • Perkhidmatan Telesidang Berpusat (Cisco Webex, Microsoft Teams dan Google Meet).
  • Perkhidmatan Makmal Komputer (Latihan Eksekutif).
  • Makmal Kompetensi PED ini beroperasi berdasarkan tempahan oleh pengguna yang telah diluluskan oleh Pengarah PED.
  • Waktu pengoperasian umum berdasarkan waktu pejabat iaitu Ahad – Khamis bermula 9.00 pagi – 5.00 petang.
  • Makmal Kompetensi PED ini merupakan sebuah makmal komputer eksekutif dan terdiri daripada pelbagai peralatan berteknologi tinggi dan penggunaan dikhususkan kepada warga staf UMT sahaja.
  • Sebagai tindakan awalan, pemohon digalakkan untuk menghubungi pegawai bertanggungjawab iaitu En. Irwan Che Ayob ditalian 09-6684490 / 09-6684256 ataupun emel di alamat ica@umt.edu.my bagi tujuan semakan semasa kebolehgunaan Makmal Kompetensi PED berkenaan.
  • Sekiranya pada tarikh dan waktu berkenaan didapati bahawa Makmal Kompetensi PED berkenaan boleh digunapakai, staf ataupun PTJ berkenaan akan dimaklumkan bagi tujuan pengisian borang tempahan dan seterusnya diemelkan kepada En. Irwan Che Ayob di alamat ica@umt.edu.my.
  • Borang tempahan boleh didapati di Portal MyNemo, tab Sokongan dan seterusnya ke menu e-Borang. (MyNemo->Tab Sokongan->e-Borang->40.Pusat Ekosistem Digital->Bahagian Rangkaian dan Perkhidmatan ICT (BRPICT)->2. Borang Tempahan Makmal Kompetensi)
  • Tempahan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya lima (5) hari sebelum tarikh penggunaan bagi tujuan mengelakkan pertindihan penggunaan dan juga penyediaan peralatan disamping penjadualan kerja petugas yang berkaitan.
  • Sekiranya berlaku pembatalan, pemohon adalah diwajibkan untuk memaklumkan selewatnya dua (2) hari sebelum tarikh berkenaan bagi mengelakkan pembaziran sumber peralatan yang terhad di Makmal Kompetensi PED berkenaan. Pemohon digalakkan untuk menghubungi terus kepada En. Irwan Che Ayob di talian 09-6684490 / 09-6684256.
  • Pengguna adalah diwajibkan untuk mematuhi peraturan umum penggunaan Makmal Berkomputer Universiti melibatkan larangan membawa makanan dan minuman, membawa peralatan tambahan yang tidak dibenarkan dan sebagainya.
  • Pengguna tidak dibenarkan untuk mengubah mana-mana tetapan (Setting/Configuration) kepada mana-mana perisian yang telah dipasang pada sistem perkomputeran di Makmal Kompetensi PED.
  • Pengguna hendaklah memastikan kesemua data dan maklumat yang telah disimpan (save) pada komputer hendaklah dipadam dan proses penghapusan data kekal di ikon Recyle Bin perlu dilaksanakan.
  • Pengguna hendaklah memastikan kekemasan susun atur skrin komputer meja, kerusi dan lain-lain berkaitan dilakukan sebelum meninggalkan Makmal Kompetensi PED berkenaan.
  • Pengguna hendaklah memastikan kesemua peralatan milikan peribadi seperti beg komputer riba, telefon bimbit, pengecas elektronik serta dokumentasi yang digunapakai dibawa keluar bagi tujuan kekemasan Makmal Kompetensi PED.
  • Pegawai bertugas semasa di Makmal Kompetensi PED tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang dilakukan kepada mana-mana peralatan perkomputeran ketika aktiviti dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.
  • Pengguna diminta untuk memaklumkan kepada pegawai bertugas semasa di Makmal Kompetensi PED sekiranya ada sebarang keperluan tambahan yang terpakai dan dibenarkan.
  • Pegawai bertugas semasa di Makmal Kompetensi PED tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian, kehilangan dan kerosakan kepada mana-mana item ataupun peralatan luar yang dibawa masuk ke Makmal Kompetensi PED berkenaan.

Perkhidmatan ICT

  • Periksa sambungan kabel kuasa sama ada longgar/tercabut.
  • Jika desktop / notebook masih tidak dapat dihidupkan, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Periksa unit penyesuai (Adapter) notebook
  • Tukarkan adapter sedia ada dengan adapter lain dan model yang sama (jika ada).
  • Sekiranya adapter yang baru diganti berfungsi, ini bermakna adapter asal telah rosak, laporkan aduan kerosakan menerusi aplikasi CustCare PED.
  • Buka bateri notebook
  • Tukarkan bateri dengan bateri model yang sama (jika ada).
  • Sekiranya bateri yang baru diganti dapat dicaj ini bermakna bateri asal telah rosak, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  •  
  • Pastikan suis pada monitor hidup dengan memastikan lampu pada monitor menyala. Periksa sambungan kabel monitor ke port Video Graphic Array (VGA).
  • Jika longgar atau tercabut, pasangkan semula.
  • Jika monitor masih tidak menyala, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  •  
  • Membuka antivirus yang telah dipasang.
  • Kemaskini antivirus tersebut dengan sistem yang terkini.
  • Imbas (scan) semua fail yang ada di dalam komputer/ -Jika virus tersebut masih ada, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Padamkan desktop / notebook
  • Biarkan selama 5 minit.
  • Buka semula desktop / notebook
  • Jika desktop / notebook masih hang, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Padamkan desktop / notebook
  • Periksa sambungan kabel.
  • Jika longgar atau tercabut, ketatkan semula.
  • Jika masih lagi tidak berfungsi, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Mula Semula (Restart) semula desktop / notebook.
  • Jika DVD/CD drive masih tidak berfungsi, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Mula Semula (Restart) semula desktop / notebook.
  • Periksa kelantangan audio (Audio Volume), sama ada enable atau disable.
  • Jika masih tidak berfungsi, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Periksa sama ada pencetak itu ON atau OFF.
  • Jika pencetak itu menggunakan kabel sambungan USB, periksa sambungannya.
  • Jika pencetak itu menggunakan LAN, periksa sambungannya.
  • Jika pencetak masih tidak berfungsi, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Tanggalkan sambungan USB dan ubah ke port USB yang lain.
  • Imbas (Scan) PenDrive tersebut dengan antivirus.
  • Jika PenDrive masih tidak dapat dibuka, bawa PenDrive tersebut ke PED untuk pemeriksaan lanjut.
  • Mula Semula (Restart) semula desktop / notebook.
  • Jika masih tidak dapat dibuka, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Nyahpasang (Uninstall) perisian Mozilla /Chrome.
  • Muaturun (Download) semula di www.mozilla.org/ www.google.com/chrome.
  • Pasang (Install) semula perisian Mozilla /Chrome.
  • Jika masih tidak dapat dibuka, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Nyahpasang (Uninstall) perisian Adobe Reader tersebut.
  • Muaturun (Download) perisian Adobe Reader di http://www.adobe.com.
  • Pasang (Install) semula perisian Adobe Reader.
  • Jika fail PDF masih lagi tidak dapat dibuka, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Mula Semula (Restart) desktop / notebook
  • Jika masih tidak dapat berfungsi, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Periksa sambungan kabel internet LAN.
  • Jika longgar/tercabut, ketatkan.
  • Jika masih tidak dapat akses, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Putuskan sambungan (Disconnected) sambungan SSID Eduroam sedia ada.
  • Sambungkan semula sambungan daripada desktop / notebook kepada SSID Eduroam berkenaan.
  • Sekiranya masih menghadapi masalah akses ke Internet, laporkan aduan kerosakan di aplikasi CustCare PED.
  • Hidupkan desktop / notebook.
  • Buka perisian pelayar Internet seperti Modzilla / Chrome.
  • Akses ke Portal Mynemo->Tab Sokongan > CustCare PED > Aduan > Isi butiran Maklumat Aduan.

Perkhidmatan Rangkaian UMT

  • Kami mempunyai satu SSID untuk wifi UMT iaitu Eduroam.
  • Setiap titik akses boleh menyokong sehingga 10Mbps sehingga 100Mbps.
  • Sekitar 100meter jika tidak menyekat seperti tapak dinding dan sudut.
  • Terdapat banyak sebab mengenai masalah ini, hasil daripada pemantauan kami terdapat banyak pengguna akses pada waktu malam berbanding waktu siang.
  • Ini menjadikan sambungan wifi menjadi terlalu perlahan kerana kami berkongsi lebar jalur wifi di seluruh kampus terutama di asrama.
  • Sekiranya lebih banyak pengguna disambungkan ke wifi pada masa yang sama, sambungan yang lebih perlahan akan anda dapatkan.
  • Jika anda mempunyai e-mel UMT, anda sudah boleh log masuk ke wifi UMT menggunakan nama pengguna (e-mel UMT) dan kata laluan yang sama.
  • Untuk sambungan ke wifi UMT anda boleh layari umt.edu.my
  •  

Anda boleh menghubungi:

  • Helpdesk PED / Kaunter ICT PED
  • Talian Telefon: 09-6684489
  • Hari: Ahad – Khamis
  • Jam:8.30pagi – 4.30 petang

  • Pastikan bekalan elektrik dalam keadaan baik
  • Memeriksa status kedudukan sambungan kabel dari port dinding ke komputer agar tidak   longgar
  • Jika masih sama sila kemukakan aduan CustCare PED atau hubungi  talian  hotline 09-6684489.

  • Klik kanan pada simbol Internet
  • Klik Open Network & Internet Setting
  • Klik Network & Sharing Centre
  • Klik Ethernet
  • Klik Properties
  • Klik dua kali pada Internet Protocol Version 4(TCP/IPV4) – Pilih pada Obtain An IP Address Automatically.

 

  • Setelah melakukan tetapan di atas sila restart PC anda.
  • Jika masalah sama masih berlaku, sila kemukakan aduan CUSTCARE PED atau hubungi talian  hotline 09-6684490.
  • Sila kemukakan aduan CustCare PED dan tindakan akan diambil oleh pegawai untuk menyediakan kabel. Setelah siap pegawai akan menghubungi pengguna untuk datang ke Kaunter ICT PED untuk mengambil kabel berkenaan.

Gmail UMT

  • Untuk membuka Gmail, anda boleh log masuk daripada komputer atau menambahkan akaun anda pada aplikasi Gmail pada telefon atau tablet anda. Setelah anda log masuk, semak e-mel anda dengan membuka peti masuk. 

    Log masuk

    1. Pada komputer anda, pergi ke com.
    2. Masukkan id e-mel dan kata laluan Akaun Google anda.
      1. Jika maklumat sudah diisi dan anda perlu log masuk ke akaun yang lain, klikGunakan akaun lain.
      2. Jika anda melihat halaman yang menerangkan tentang Gmail dan bukannya halaman log masuk, kliklog masuk di penjuru kanan sebelah atas halaman.

    Peringatan: Jika anda log masuk ke komputer awam, pastikan anda log keluar sebelum meninggalkan komputer.

  • Bergantung pada peranti yang anda gunakan untuk Gmail, anda boleh log keluar daripada Gmail, mengalih keluar Akaun Google anda atau beralih antara beberapa akaun.

Log keluar pada komputer anda

  1. BukaGmail.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik foto anda.
  3. Kliklog keluar.

Log keluar daripada komputer lain

Jika anda terlupa log keluar daripada e-mel anda pada komputer lain, anda boleh log keluar daripada Gmail dari jauh.

  1. BukaGmail.
  2. Di penjuru kanan sebelah bawah, klik Butiran Log keluar daripada semua sesi web yang lain.

Nota: Jika anda menggunakan komputer awam atau komputer yang dikongsi, log keluar daripada Akaun Google anda sebelum meninggalkan komputer itu.

Tukar akaun tanpa log keluar

Anda boleh menggunakan berbilang akaun pada penyemak imbas yang sama dengan ciri log masuk berbilang. Kemudian, anda dapat beralih antara akaun tanpa log keluar daripada mana-mana akaun tersebut.

Anda boleh:

  1. Tambahkan tandatangan e-mel
  2. Pilih e-mel yang anda akan dimaklumikan
  3. Tukar tetapan lain

Cari tetapan & buat perubahan

  1. Pergi ke Gmailpada komputer anda.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan  Lihat semua tetapan.
  3. Di bahagian atas, pilih halaman tetapan, sepertiUmumLabel atau Peti Masuk.
  4. Buat perubahan anda.
  5. Setelah anda selesai dengan setiap halaman, klikSimpan Perubahan di sebelah bawah.

Anda boleh mengemas kini, menambah dan mengalih keluar beberapa maklumat asas pada akaun anda. Nama dan gambar profil anda dapat dilihat oleh orang lain yang menggunakan perkhidmatan Google, termasuk apabila anda berkomunikasi atau berkongsi kandungan.

Nota: Jika anda menggunakan nama lain pada saluran YouTube anda, sebarang perubahan yang anda buat pada nama Akaun Google anda tidak akan terpapar pada YouTube.

 

Tambah atau tukar gambar profil anda

  1. Log masukAkaun Google 
  2. Di bawah “Maklumat peribadi,” klikFoto.
  3. Muat naik foto daripada komputer atau pilih salah satu foto daripada Google Photos anda.
  4. Putar dan pangkas foto anda sebagaimana yang diperlukan.
    1. Cari langkah untukmemangkas foto anda dengan teknologi bantu di bawah.
  5. Di bahagian bawah sebelah kiri, klikSimpan sebagai gambar profil.

Pangkas foto anda dengan teknologi bantu atau papan kekunci

Pangkas foto anda dari satu penjuru

  1. Navigasi untuk memilih penjuru foto anda.
  2. Gunakan kekunci anak panah untuk memangkas foto.

Alihkan seluruh segi empat sama pangkasan

  1. Navigasi untuk memilih seluruh segi empat sama pangkasan.
  2. Gunakan kekunci anak panah untuk menukar kedudukan segi empat pangkasan.

Edit nama anda

  1. Anda boleh menukar nama anda seberapa banyak kali yang anda ingini.
  2. Log masuk keAkaun Google 
  3. Di bawah “Maklumat peribadi”, klikNama  Edit .
  4. Ikut arahan pada skrin.

 

Betulkan nama lama yang masih ditunjukkan

Jika anda sudah menukar nama tetapi nama lama masih ditunjukkan, kosongkan cache dan cookies anda

Nota: Apabila anda mengosongkan cookies, anda mungkin dilog keluar daripada laman bukan Google.

Tukar maklumat peribadi

Anda boleh mengedit maklumat peribadi seperti hari jadi dan jantina anda. Anda juga boleh menukar alamat e-mel dan nombor telefon pada akaun anda.

  1. Log masuk keAkaun Google 
  2. Di bawah “Maklumat peribadi” klik maklumat yang ingin ditukar.
  3. Ikut arahan pada skrin.

Tandatangan e-mel merupakan teks, seperti maklumat hubungan atau petikan kegemaran anda yang ditambahkan secara automatik pada penghujung mesej Gmail.

Tambah atau tukar tandatangan

Anda boleh menggunakan hingga 10,000 aksara dalam tandatangan anda.

  1. BukaGmail.
  2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan  Lihat semua tetapan.
  3. Di bahagian “Tandatangan”, tambahkan teks tandatangan anda ke dalam kotak. Jika mahu, anda boleh memformatkan mesej anda dengan menambahkan imej atau menukar gaya teks.
  4. Di bahagian bawah halaman, klikSimpan Perubahan.

Urus pelbagai tandatangan

Anda boleh menggunakan tandatangan lain untuk e-mel anda. Contohnya, anda boleh mempunyai tetapan lalai tandatangan untuk e-mel baharu atau e-mel yang anda balas. Atau, anda boleh memilih daripada pelbagai tandatangan apabila anda mengarang e-mel.

Nota: Jika anda mahu menukar tandatangan semasa menulis e-mel, klik sisipkan tandatangan  di bahagian bawah tetingkap.

 

Tambahkan tandatangan jika anda menggunakan ciri “Hantar mel sebagai”

Jika anda menggunakan ciri “Hantar mel sebagai” untuk menghantar daripada alamat yang berbeza dalam akaun anda, anda boleh menambahkan tandatangan yang berlainan untuk setiap alamat.

Untuk memilih alamat, gunakan menu  di atas kotak teks tandatangan di halaman Tetapan.

Jika anda tidak melihat menu:

  1. Buka halaman tetapan Akaun dan Import.
  2. Semak untuk memastikan alamat anda disenaraikan dalam bahagian “Hantar mel sebagai”.
  • Untuk mengurus komunikasi anda, kekal berhubungan dan bekerjasama di satu tempat, tambahkan Google Chat pada peti masuk Gmail anda. Jika anda menggunakan akaun kerja atau personel, organisasi anda menentukan jika pilihan ini tersedia.

    Nota: Anak anda boleh menggunakan Chat dalam aplikasi Gmail atau dalam versi web Gmail walaupun aplikasi Chat disekat

    Hidupkan atau matikan Chat dalam Gmail

    1. BukaGmail pada komputer anda.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan  Lihat semua tetapan.
    3. Di bahagian atas, klikChat dan Meet.
    4. Untuk menghidupkan atau mematikan Gmail, pilihGoogle Chat atau Matikan di sebelah “Chat”.
    5. KlikSimpan Perubahan.

    Tukar kedudukan panel Chat dalam Gmail

    Anda boleh mengalihkan panel Chat ke sebelah kanan atau kiri peti masuk Gmail anda

    1. BukaGmail pada komputer anda.
    2. Di bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan Lihat semua tetapan.
    3. Di bahagian atas, klikChat dan Meet.
    4. Di sebelah “Kedudukan Chat”, pilihSebelah kiri peti masuk atau Sebelah kanan peti masuk.
    5. KlikSimpan Perubahan.

Anda mendapat ciri yang sama dalam Chat dan Chat dalam Gmail tetapi pengalaman Gmail yang disepadukan memberikan lokasi pusat untuk berkomunikasi dengan rakan, keluarga atau rakan sekerja antara e-mel.

  • Chat: Gunakan apabila anda lebih suka pengalaman sembang yang khusus dan tidak keberatan untuk beralih daripada satu aplikasi kepada aplikasi yang lain.
  • Gmail: Gunakan apabila anda mahu melakukan pelbagai tugas secara serentak dan lebih suka melihat semua komunikasi anda di satu tempat.

Aplikasi Mudah Alih

Aplikasi mudah alih i-Student@UMT membantu pelajar mendapatkan maklumat di hujung jari.  Pelajar boleh mengakses keputusan peperiksaan, emergency call (SOS) , jadual kuliah, QRKehadirian, kalkulator CGPA dan slip peperiksaan.

Aplikasi mudah alih istaff@UMT memudahkan staf UMT mendapatkan maklumat terkini serta akses kepada aplikasi seperti MyTime, CustCare, eGigi dan lain-lain. Selain staf, pengguna awam juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mendapatkan maklumat mengenai UMT dan  direktori staf UMT. Pengguna boleh menghubungi staf UMT terus dari  telefon anda.

Aplikasi mudah alih MY3K membantu mengemaskini maklumat kesihatan anda bagi kebenaran memasuki ke kampus dengan selamat.

Semua aplikasi mudah alih boleh didapati di Google Play dan Apple Store.