Pusat Ekosistem Digital (PED) adalah entiti yang berperanan penting dalam struktur organisasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pusat ini mula beroperasi pada 1 Jun 2004. Pada awal penubuhannya, unit ini dikenali sebagai Unit Teknologi Maklumat (UTEKMA), sebelum melalui beberapa penstrukturan organisasi dan akhirnya mengalami penamaan semula kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM), Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM), sebelum akhirnya mendapat nama baru, Pusat Ekosistem Digital (PED).
Sejak penubuhan, PED memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan pelbagai aspek, termasuk perkhidmatan rangkaian di seluruh kawasan kampus, pembangunan serta penyelenggaraan sistem aplikasi UMT, pengurusan insiden dan keselamatan siber, dan pengurusan teknologi maklumat.
Secara keseluruhannya, PED telah menunjukkan komitmen yang sangat tinggi dalam menyokong pertumbuhan aktiviti dalam bidang akademik, pengurusan maklumat, dan program-program lain yang selari dengan keperluan UMT.