PED telah mengorak langkah dengan mewujudkan Seksyen Aplikasi Mudah Alih untuk memenuhi keperluan asas golongan majoriti warga universiti dalam capaian dan sebaran maklumat dengan mudah dan berkesan. Penggunaan aplikasi-aplikasi dilihat bakal menjadi tunjang utama dalam kelancaran pengurusan universiti ke arah Smart Campus. Oleh yang demikian, PED senantiasa bersedia dalam pelbagai aspek bagi memastikan keperluan warga universiti dipenuhi dari semasa ke semasa dengan mewarkan aplikasi-aplikasi mudah alih yang bersesuaian dengan keperluan warga UMT.