Soalan Lazim (FAQ)

Garis Panduan Penggunaan UMT Cloud Phone

  • UMT Cloud Phone ialah sistem telefon berasaskan awan (cloud) yang menggunakan teknologi Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk membolehkan panggilan suara, video dan mesej dilakukan melalui rangkaian internet bagi tujuan urusan rasmi di UMT

  • Tujuan pelaksanaannya adalah untuk menggantikan sistem telefon lama berasaskan PABX kepada sistem yang lebih moden, cekap, stabil dan selari dengan teknologi semasa bagi menyokong operasi harian universiti

Staf yang layak adalah:

  • Staf lantikan tetap
  • Staf lantikan kontrak
  • Staf syarikat dan anak syarikat UMT
  • Mana-mana individu atau entiti yang ditetapkan oleh Naib Canselor

Tidak. Telefon meja hanya disediakan kepada kategori tertentu seperti Operator UMT, Setiausaha Pejabat, Pejabat Am PTj dan individu yang diluluskan oleh Naib Canselor

Staf hendaklah menggunakan aplikasi/perisian UMT Cloud Phone yang dipasang pada:

  • Telefon bimbit rasmi
  • Telefon bimbit peribadi
  • Komputer desktop atau komputer riba (termasuk yang dibeli menggunakan geran)
    mengikut kelayakan kemudahan yang diterima

Ya. Semua staf yang layak WAJIB memasang aplikasi/perisian UMT Cloud Phone menggunakan nombor telefon IP yang ditetapkan oleh UMT

Staf hendaklah sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerja yang ditetapkan oleh UMT

  • Tidak. Perkhidmatan UMT Cloud Phone hanya dibenarkan untuk urusan rasmi sahaja. Penggunaan bagi tujuan peribadi boleh menyebabkan staf dikenakan tuntutan bayaran bil

Panggilan ke luar negara hanya dibenarkan kepada:

  • Naib Canselor dan Pegawai Utama
  • Pengarah Pusat Antarabangsa
  • Operator UMT
  • Individu atau entiti yang diluluskan oleh Naib Canselor

Kemudahan penggunaan UMT Cloud Phone akan ditamatkan secara automatik berdasarkan tarikh kuat kuasa tamat perkhidmatan staf tersebut.

Pentadbir UMT Cloud Phone bertanggungjawab mengurus sistem secara berpusat serta menyediakan laporan penggunaan mengikut keperluan .

Ketua PTj bertanggungjawab memastikan:

  • Talian UMT Cloud Phone tidak disalahgunakan
  • Staf menggunakan aplikasi UMT Cloud Phone

Staf

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut berkaitan garis panduan ini boleh dirujuk kepada Pentadbir UMT Cloud Phone

Garis Panduan Penggunaan UMT Cloud Phone berkuat kuasa mulai 1 Disember 2025