Taklimat Micro-Credential di Akademi Bomba Wakaf Tapai

Satu sesi taklimat dan panduan penggunaan platform Bayou (Micro-Credential) telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Jun 2022 bertempat di Akademi Bomba Wakaf Tapai, Marang. Taklimat yang dilaksanakan ini melibatkan lebih 700 orang pelatih dari Akademi Bomba dan 7 orang kakitangan Bahagian Pembangunan Digital, Pusat Ekosistem Digital UMT. Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan tentang tatacara penggunaan platform bermula daripada pendaftaran pengguna sehingga panduan menggunakan platform dengan cara yang betul. Sesi berakhir dengan jayanya pada jam 12.30 tengah hari.