Pelawaan Permohonan Biasiswa Chevening Bagi Tahun Akademik 2023/ 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Biasiswa Chevening bagi kemasukan akademik 2023/ 2024 telah dibuka. Biasiswa Chevening merupakan sebuah program biasiswa global Kerajaan United Kingdom (UK) yang dibiayai sepenuhnya dan diselia oleh Pejabat Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan. Malaysia merupakan negara penerima Biasiswa Chevening kedua terbesar di ASEAN dengan lebih 1,800 alumni Malaysia sejak tahun 1983. Menerusi Biasiswa Chevening, warganegara Malaysia berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di universiti-universiti terkemuka UK di dalam pelbagai bidang.

Sebarang maklumat lanjut dan permohonan Biasiswa Chevening boleh dilayari di laman web rasmi Chevening menerusi pautan: https://www.chevening.org/scholarship/malaysia/ (Klik pada butang ‘Apply’ bagi permohonan biasiswa). Tarikh akhir permohonan biasiswa adalah pada 1 November 2022 jam 12:00 (GMT).   

Dalam hal ini, Bahagian ini memohon jasa baik pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyebar luas hebahan berhubung pelawaan permohonan biasiswa tersebut kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di UK. 

Segala kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.