Belasungkawa

Dukacita dimaklumkan bahawa Pusat Ekosistem Digital telah kehilangan seorang warga kerja berwibawa.

Allahyarham Encik Muhammad Anas Zaki Bin Damami, Eksekutif Teknologi Maklumat 3 yang telah meninggal dunia sebentar tadi (7/1/2024, 10.25 malam) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

PED merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak PED.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ya Allah, ampunilah dia, rahmati dia, muliakan kematian dia, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

Share the Post:

Artikel Berkaitan