Tarikh : 10 Ogos 2023
Tempat : Persekitaran Bangunan Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT
PED telah melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekitar bangunan PSNZ sebagai langkah pencegahan wabak denggi. Antara pengisian program adalah aktiviti gotong-royong, cari dan musnah tempat-tempat pembiakan Aedes sekitar PTJ.
Antara kawasan yang dibersihkan dan diletakkan serbuk pembasmi nyamuk Aedes adalah:
1. Longkang
2. Sekeliling bangunan PSNZ
3. Pasu-pasu
4. Kawasan-kawasan yang berselerak
5. Kawasan air bertakung