Warga UMT dinasihatkan berhati-hati dengan e-mel phising yang berlegar dengan kandungan seperti berikut:
Amaran terakhir! Data anda berada dalam bahaya! Log masuk berjaya.
Amaran terakhir! Semua data anda telah disalin Log masuk berjaya.
E-mel ini merupakan e-mel dari SCAMMER yang mengancam untuk mendedahkan maklumat peribadi penerima e-mel.
Modus operandi :
- Sindiket akan menghantar e-mel secara rawak untuk mempengaruhi mangsa supaya memberi maklum balas terhadap e-mel yang dihantar.
- E-mel yang dihantar mungkin akan disertakan pautan yang menghubungkan pengguna kepada sebuah laman web palsu.
- Laman web palsu tersebut akan kelihatan sama sepertimana laman yang asli.
- Laman web palsu tersebut akan dilengkapi dengan aplikasi yang telah diubahsuai dengan menggabungkan aplikasi sebenar bersama malware.
Nasihat PED :
- Jangan bertindak balas/klik pautan yang dihantar melalui e-mel kepada anda sehingga anda sahkan e-mel tersebut adalah e-mel yang betul. Mohon dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak PED sekiranya tidak pasti.
- Padam mana-mana e-mel yang tidak diperlukan atau yang mencurigakan.
- Report phishing pada tetapan e-mel yang diterima dapat membantu e-mel tersebut disekat dari dihantar kepada pengguna lain pada masa depan. (Pada sebelah kanan butang Reply ,klik More ,klik Report Phishing)
- Memasang perisian antivirus yang terkini dan kemaskini perisian antivirus tersebut dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kemasukan virus ke dalam komputer anda.
- Pastikan berada pada laman web yang sebenar dengan melihat url pada browser.
Tips :
- E-mel yang sah tidak meminta maklumat sensitif anda melalui e-mel
- E-mel yang sah mempunyai e-mel yang sama dengan domain yang dinyatakan
- E-mel yang sah tidak memaksa anda ke laman web mereka
- Pautan pada e-mel yang sah sepadan dengan URL yang sah
Sekian, terima kasih.
Seksyen Keselamatan Siber
Pusat Ekosistem Digital
Universiti Malaysia Terengganu