INFO ICT 2/2022 : E-MEL PHISHING – AMARAN TERAKHIR!

 

Warga UMT dinasihatkan berhati-hati dengan e-mel phising yang berlegar dengan kandungan seperti berikut:

Amaran terakhir! Data anda berada dalam bahaya! Log masuk berjaya.
Amaran terakhir! Semua data anda telah disalin Log masuk berjaya.

E-mel ini merupakan e-mel dari SCAMMER yang mengancam untuk mendedahkan maklumat peribadi penerima e-mel.

Modus operandi :

  1. Sindiket akan menghantar e-mel secara rawak untuk mempengaruhi mangsa supaya memberi maklum balas terhadap e-mel yang dihantar.
  2.  E-mel yang dihantar mungkin akan disertakan pautan yang menghubungkan pengguna kepada sebuah laman web palsu.
  3. Laman web palsu tersebut akan kelihatan sama sepertimana laman yang asli.
  4. Laman web palsu tersebut akan dilengkapi dengan aplikasi yang telah diubahsuai dengan menggabungkan aplikasi sebenar bersama malware.

 

 

 

Nasihat PED :

  1. Jangan bertindak balas/klik pautan yang dihantar melalui e-mel kepada anda sehingga anda sahkan e-mel tersebut adalah e-mel yang betul. Mohon dapatkan pengesahan terlebih dahulu daripada pihak PED sekiranya tidak pasti.
  2. Padam mana-mana e-mel yang tidak diperlukan atau yang mencurigakan.
  3. Report phishing pada tetapan e-mel yang diterima dapat membantu e-mel tersebut disekat dari dihantar kepada pengguna lain pada masa depan. (Pada sebelah kanan butang Reply ,klik More ,klik Report Phishing)
  4. Memasang perisian antivirus yang terkini dan kemaskini perisian antivirus tersebut dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kemasukan virus ke dalam komputer anda.
  5. Pastikan berada pada laman web yang sebenar dengan melihat url pada browser.

 

 

Tips :

  1. E-mel yang sah tidak meminta maklumat sensitif anda melalui e-mel
  2. E-mel yang sah mempunyai e-mel yang sama dengan domain yang dinyatakan
  3. E-mel yang sah tidak memaksa anda ke laman web mereka
  4. Pautan pada e-mel yang sah sepadan dengan URL yang sah

 

Sekian, terima kasih.

 

Seksyen Keselamatan Siber
Pusat Ekosistem Digital
Universiti Malaysia Terengganu